Selasa, 16 Ogos 2011

SELAMAT MERAIKAN YAUMU(HARI) NUZUL QURAN



SALAM SAHABAT2 KU SEKELIAN....HARI NI GENAPLAH 16 HARI KITA BERPUASA... RASA2 BARU JE SEMALAM KITA MENYAMBUT BULAN YG MULIA INI... TAPI SEPERTI BEGITU CEPAT DIA INGI MENINGGALKAN KITA....TP INGATLAH JG WAHAI SAHABAT SEKELIAN ESOK ADALAH HARI SEJARAH TERCIPTA DI MANA DIBULAN MULIA INILAH IA DITURUNKAN IAITU HARI NUZUL QURAN( HARI TURUNNYA ALQURAN) SEMOGA HARI INI BOLEH JD IKTIBAR DAN PENGAJARAN BG KITA...DI SINI SEDIKIT N3 BERKAITAN HARI YG MULIA INI BUAT TATAPAN KITA BERSAMA...sedikit ringkasan peristiwa berlakunya Nuzul Quran....

  Nuzul Quran yang bermaksud ”Turunnya Al-Quran” merupakan peristiwa yang amat masyhur di kalangan Umat Islam. Turunnya al-Quran pada malam Jumaat 17 Ramadhan, di mana ketika itu Nabi Muhammad SAW. Berumur 41 Tahun. Ulamak bahasa mentafsirkan perkataan Nuzul itu bermaksud Turun, ertinya nuzul itu sifatnya yang turun dari atas ke bawah (atas) ialah dari Luh Mahfuz Melalui Malaikat Jibril yang pertama berlaku di Gua Hira’. Manakala Quran itu bermaksud Kalam Allah yang diturunkan ke atas junjungan nabi Muhamad SAW. dengan perantaraan Jibril A.s. dan menjadi Ibadah jika membacanya. Ini bermakna Al-Quran itu adalah wahyu ilahi dan kitab samawi (turunnya dari langit) yang terakhir, paling hebat, unggul dan sempurna berbanding dengan kitab-kitab yang sebelumnya. Imam Bukhari meriwayatkan: ”Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” Imam At-Tirmizi juga meriwayatkan ”Sesiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah, memperoleh satu kebajikan dan satu kebajikan itu akan digandakan menjadi sepuluh yang seumpamanya. Al-Quran bukan sahaja sejilid kitab, akan tetapi merupakan petunjuk (hidayah) memberikan Syifa’ (penyembuh penyakit) oleh itu di bulan Ramadhan ini marilah kita bertadarus hingga khatam Quran 30 juzu’ rugilah mereka yang bernama muslim jika tidak pernah sekalipun khatam Al-Quran apatahlagi tidak mahu menatap kitab suci itu. SUMBER DARI http://habiha69.blogspot.com.Terima kasih yaaa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan