Isnin, 8 Julai 2013

SURAT PANGGILAN YANG MENGEMBIRAKAN TELAH DITERIMA




Apakhabar kawan-kawan sekalian,,,? di doakan semoga sihat sejahtera dan di bawah lembayung rahmat Ilahi...kalau nak tahu Zeti setiap tahun mesti menunggu surat panggilan penyertaan tadarrus Al-quran dari jabatan ... naaaah!!! pagi tadi surat ni sampai ke meja...bukan apakan suka sertai acara tadarrus ni sebab ianya menimbulkan suasana ramadhan itu sendiri...walau pun pada hari-hari biasa kita mengaji, tetapi suasana tadarrus bersama-sama rakan dan keluarga di bulan Ramadhan adalah amat berbeza dari mengaji di hari-hari biasa....perasaan ketika tadarrus di bulan ini sangat istimewa, keseronokkannya tu x dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Oleh yang demikian itu yaaaa kawan-kawan marilah sama-sama kita meriahkan bulan Ramadhan ini dengan ibadah puasa (wajib), tarawih, tadarrus dan lain-lain ibadah lagi......SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MELATIH DIRI DARI MENJAUHI GODAAN NAFSU......



Khamis, 27 Jun 2013

DAH LAMA TAK MENGUNJUNGI DIRIKU

        (Gambar Ihsan Google)

Sepatutnya semalam (Rabu) Zeti pergi kursus tapi last minit cancel,,, sebab-sebab cancel???? Sebabnya  ialah!!! Magrine yang dah betahun tak mengunjungi diri ini, tiba-tiba datang mengunjung sampai tak boleh nak bangun, biasa selepas muntah kurang tp kali ni tak kurang-kurang Waaaaahh!!! sakitnya bukan kepalang..... entah di mana silapnya pun tak tahu...tp yang pasti dah memang itu ketentuan Ilahi....

Selasa, 25 Jun 2013

AKHIRNYA SELESAI JUGA


(Gambar Rumah Semi D Ihsan Google)


Setelah setahun lebih zeti menunggu untuk menyelesaikan pembelian tanah dengan ayah zeti,,,, akhirnya hari ini selesai jua urusannya... alhamdulillah syukur Tuhan telah mengizinkan zeti memiliki sebidang tanah bersama-sama rumah setelah 3 dekat hidup di dunia ni....rasa puas hati kerana dapat beli dengan titik peluh kita sendiri.....terima kasih Tuhan.

Khamis, 13 Jun 2013

PENGHARGAAN BUAT YANG SUDI ????


JUMLAH PELAWAT

944

setinggi-tinggi penghargaan Zeti ucapkan kpd sahabat-sahabat bloger atau sesiapa yang sudi menyinggah ke blog saya...x sangka hri ni blog zeti dpt kunjungan melebihi 40 kunjungan sbb pagi tadi hanya 901 saja tapi ptg ni seperti sahabat2 lihat di ataslah w...a..a..a..h tersangat2lah gembiranya HATI INI LA..LA..LA...mungkin bagi otai2 blog kata itu cuma sikit tp bg diri ku yang kerdil ni boleh masuk hri ini dalam sejarah gitu huhuhu (terharu).terima kasih zeti juga buat kjee, a.ben ashaari n a.mazidul pasal kasi zeti tumpang promot blog kat blog kak n abg2 sekalian....mohon kepada semua tlglh komen blog zeti ni sebagai inspirasi untuk membina blog kearah yang lebih bermanafaat n berinfomasi..... TERIMAAA KASIHHHH SEKALI LAGI BUAT SEMUA..... 

JUADAH BEBUKA HARI NI


Hurrr... pk punya pk mende lah nak bebuka hri ni....tinggg!!! tetiba muncul mentol kat kepala (dpt idea) apa nak makan bebuka ni...h..a..a..a..a..tulah yang gambar kat atas tu, apa lagi minta tlg cik abang pergi mencari bebahannyer....ptg nnti blik kita masak yerrr... hik..hik...hik...

MOHON CADANGAN SAHABAT-SAHABAT



Semalam tempat yang kakak zeti hantar nasi lemak tu offer nanti bulan ramadhan hantarlah kuih kat gerai dia....HAAAAIH!!!!! dah runsing kepala ni memikirkan idea apa kuih nak buat untuk niaaga bulan puasa ni... coz ni first time ada  offer suh kita hantar kuih kat gerai dia...tp tulah kuih apa nak buat sbb zeti kerja lg....tolooong sahabat-sahabat sekalian alam bagi idea bolehhh xxx..... 

Selasa, 11 Jun 2013

الحمد لله DI ATAS NIKMAT KURNIAAN TUHAN


الحمد لله!!! ... syukur di atas nikmat Tuhan untuk t/hari ini....., semoga dengan kenyangnya perut hamba mu ini dapatlah beribadah dengan sempurna!!!....

SELAMAT DATANG BULAN SYA'BAN YANG MULIA


 


أهلاً وسهلاً !!!!!  Sya'ban yang mulia lagi diberkati...


disarankan kepada kita pada bulan ini untuk berpuasa sepertimana Sabda Rasulullah...SAW

Saidatina Aishah r.a ada menyatakan:

“Adalah Rasulullah s.a.w berpuasa sehingga kami berkata baginda tidak berbuka dan baginda 
s.a.w.berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat 
Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan bulan Ramadhan dan aku tidak 
pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak dari bulan Sya’ban.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hanya sekadar untuk renungan kita bersama!...

MINGGU DEMAM , SELSEMA DAN BATUK SEKELUARGA



Ohhok!!! 3x....(batuk)  sruuush!!!....(Selsema)....tema minggu lepas keluarga zeti...bermula dari kakak anak zeti yang sulong, baby zeti 5 bulan, ayahnya dan penutup zeti....semua kena demam selsema dan batuk-batuk... ni pun zeti belum hilang batuk dgn sempurna lagi... makanya segala jemputan dan perancangan minggu lepas telah terbatal secara aotomatiknyer....hihi!!... 
     Itulah namanya kita merancang namun Tuhanlah yang menentukan segalanya...jadi kena Redha dengan ketetapan Ilahi....!!!

KELUAR DARI GUA SEBAB DAH LAMA BETAPA




Selamat bertemu kembali kawan-kawan  yang sudi menjenguk seketika blog zeti yang tak seberapanya ini,,,,pertama-tamanya zeti doakan semoga kawan2 semua sihat dan sentiasa di bawah lindungan Rahmat Ilahi.
    Kawan-kawan jangan terkezzzut ya kenapa gambar gua (pinjam dari mystiriesmories) yang zeti letak tu....ianya sebagai simbolik bahawa blog zeti ni dah lama benor tak ber hapdate....sampai dah berlumut dan dah banyak stalattite dan dah bermacam-macam lagilah dah bersarang dalam blog ni....dek kerana tuannya yang x der idea or kurang inspirasi untuk menulis blog ni....
   
   Oleh itu diharapkan kawan-kawan bloger yang dah besar-besar namanya dalam dunia bloging ni boleh bantu menjadi inspirasi zeti ya...tolonglah hamba yang kerdil ini hihihi!!!!....sekian....