Khamis, 25 Ogos 2011

SALAM AIDIL FITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN...

SALAM AIDIL FITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN...


Bila kata merangkai dusta..
Bila langkah membekas lara…
Bila hati penuh prasangka…
Dan bila Ada langkah yang menoreh luka.
Mohon bukakan pintu maaf…
Selamat Idul Fitri Mohon Maaf Lahir Batin

BAGI UCAPAN AWAL SIKIT KOZ ESOK DAH NAK BALIK KAMPONG...BILA DAH SEBOK NANTI DAH X SEMPAT NAK BN3....

Selasa, 16 Ogos 2011

SELAMAT MERAIKAN YAUMU(HARI) NUZUL QURAN



SALAM SAHABAT2 KU SEKELIAN....HARI NI GENAPLAH 16 HARI KITA BERPUASA... RASA2 BARU JE SEMALAM KITA MENYAMBUT BULAN YG MULIA INI... TAPI SEPERTI BEGITU CEPAT DIA INGI MENINGGALKAN KITA....TP INGATLAH JG WAHAI SAHABAT SEKELIAN ESOK ADALAH HARI SEJARAH TERCIPTA DI MANA DIBULAN MULIA INILAH IA DITURUNKAN IAITU HARI NUZUL QURAN( HARI TURUNNYA ALQURAN) SEMOGA HARI INI BOLEH JD IKTIBAR DAN PENGAJARAN BG KITA...DI SINI SEDIKIT N3 BERKAITAN HARI YG MULIA INI BUAT TATAPAN KITA BERSAMA...sedikit ringkasan peristiwa berlakunya Nuzul Quran....

  Nuzul Quran yang bermaksud ”Turunnya Al-Quran” merupakan peristiwa yang amat masyhur di kalangan Umat Islam. Turunnya al-Quran pada malam Jumaat 17 Ramadhan, di mana ketika itu Nabi Muhammad SAW. Berumur 41 Tahun. Ulamak bahasa mentafsirkan perkataan Nuzul itu bermaksud Turun, ertinya nuzul itu sifatnya yang turun dari atas ke bawah (atas) ialah dari Luh Mahfuz Melalui Malaikat Jibril yang pertama berlaku di Gua Hira’. Manakala Quran itu bermaksud Kalam Allah yang diturunkan ke atas junjungan nabi Muhamad SAW. dengan perantaraan Jibril A.s. dan menjadi Ibadah jika membacanya. Ini bermakna Al-Quran itu adalah wahyu ilahi dan kitab samawi (turunnya dari langit) yang terakhir, paling hebat, unggul dan sempurna berbanding dengan kitab-kitab yang sebelumnya. Imam Bukhari meriwayatkan: ”Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” Imam At-Tirmizi juga meriwayatkan ”Sesiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah, memperoleh satu kebajikan dan satu kebajikan itu akan digandakan menjadi sepuluh yang seumpamanya. Al-Quran bukan sahaja sejilid kitab, akan tetapi merupakan petunjuk (hidayah) memberikan Syifa’ (penyembuh penyakit) oleh itu di bulan Ramadhan ini marilah kita bertadarus hingga khatam Quran 30 juzu’ rugilah mereka yang bernama muslim jika tidak pernah sekalipun khatam Al-Quran apatahlagi tidak mahu menatap kitab suci itu. SUMBER DARI http://habiha69.blogspot.com.Terima kasih yaaa.


Khamis, 11 Ogos 2011

14 TUNTUTAN NON MUSLIM YANG MEMBIMBANGKAN

Hanya sekadar ingin berkongsi dan dapat kita fikir2kan bersama. Petikan ini saya ambil dari Artikel Dr. Ridhuan Tee . Mari sama2 kita renungkan......untuk lebih lanjut boleh  kengkawan baca di sini http://ridhuantee.blogspot.com/ . Mohon izin ya Dr. Ridhuan untuk saya Syer dgn Kengkawan lain..


Pertama: seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharus secara menjadi Islam.


Kedua: orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembalikepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan undang-undang.


Ketiga: sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendali oleh mahkamah syariah tetapinya dikendali tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.


Keempat: tidak perlu dicatatkan dalam kad pengenalan Islam sebagai agama seseorang Muslim. 


Kelima: Orang bukan Islam tidak perlu memeluk Islam jika ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan bukan Islam tanpa tindakan undang-undang.


Keenam: pasangan suami isteri yang salah seorangnya memeluk Islam, tidak mempunyai hak jagaan terhadap anak.


Ketujuh: kerajaan mesti menyediakan dana mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam seperti dana untuk masjid. 


Kelapan: orang bukan Islam mempunyai hak ke atas harta ahli keluargannya yang memeluk Islam (jika meninggal).


Kesembilan: orang bukan Islam boleh menggunakan dan tidak boleh dihalang menggunakan perkataan-perkataan suci dalam Islam.


Kesepuluh: bible bahasa Malaysia dan Indonesia mesti dibenarkan diedarkan secara terbuka untuk bacaan umum.


Kesebelas: pelajaran agama bukan Islam mesti juga diajar disekolah seperti mana pelajaran Islam.


Keduabelas: Program berunsur Islam dalam bahasa ibunda hendaklah ditiadakan. Manakala, program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing


Ketigabelas: orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat hendaklah boleh digunakan untuk keperluan bukan Islam.


Keempat belas: Islam tidak sepatutnya disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah (termasuk doa pagi).


Macamana Kengkawan adakah kita bimbang dengan perkara2 ini. Marilah sama2 kita fikir2kan....sekian....